Bagi menghadapi semester ini , sahabat-sahabat sekalian.... semester 5 ( tahun 3 ), ana harap kita semua bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menuntut ilmu duniawi dan akhirawi... Bagi yang mendapat keputusan yang cemerlang dan tersenarai sebagai Dean List, teruskan usaha kalian dan membantu kawan - kawan kita yang agak lemah dalam subjek tertentu. Manakala bagi mereka yang mendapat keputusan yang tidak memuaskan pada semester lepas, janganlah sahabat-sahabat berputus asa, teruskan berusaha dalam memasterkan subjek-subjek fiqh dan law agar usaha kita dibalas dengan kejayaan, Insya -Allah... usaha tangga kejayaan.
Untuk semester 5 ini, kita kini lebih fokus kepada subjek yang berkaitan dengan program fiqh dan fatwa yang mana kita perlu mengambil 5 subjek fiqh dan tiap-tiap subjek 3 jam kredit. Semestinya , bagi ana sendiri agak sukar untuk kita score dalam exam dan mengekalkan PNGK, tetapi tidak mustahil melainkan kita banyak berusaha untuk memasterkan kelima-lima subjek dan tidak mengharapkan kepada ilmu dan pengajaran dalam kuliah semata-mata kerana kita perlu berusaha untuk mendalami ilmu dalam mendapat keredhaan Allah Taala
Berada di tahun 3, bukanlah penghalang untuk kita terus aktif dalam badan, kelab, persatuan atau sekretariat kerana sepanjang kita berada di universiti selama 4 tahun , 5 tahun ataupun 6 tahun, rebutlah peluang kita dalam mengahadirkan diri kita dan melibatkan atau mengaktifkan dalam organisasi di universiti kerana kita dapat banyak belajar dari segi membina transpormasi dan memperkasa diri dalam sesebuah organisasi tersebut. Ini merupakan keistimewaan yang ada pada kita apabila kita telah bergraduate dan menjadi rebutan oleh para majikan di samping kita sebagai mahasiswa Islam.
Sahabat-sahabat sekalian,
Sesunggugnya selama 4 tahun kita berada di universiti, banyak perkara yang perlu kita pelajari demi bekalan pada masa hadapan selepas kita bergaul dengan persekitaran dan masyarakat luar sana.Adalah tidak terlambat ana menyatakan bahawa janganlah kita menjadikan kita sebagai mahasiswa 4 K ( iaitu kuliah, kafe, komputer dan katil ) sebagai teman hidup kita kerana kita perlu sama-sama mengerakkan dan menaikkan mana universiti kita sebagai unibersiti terbaik di Malaysia dengan menyumbangkan khidmat bakti di universiti dalam terlibat di dalam kelab dan persatuan pelajar.
Semoga kita renung-renunglah dan ingatlah pengajian kita masih berbaki 4 semester , terasa begitu cepat masa berlalu,,,
Berjuang memburu keredhaan Allah
No comments:
Post a Comment