NABILAH

NABILAH

Saturday, 17 September 2011

Jom hayati sama-sama

ULAMA SEBAGAI BINTANG

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan ulama di muka bumi seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk kepada musafir dan pelayar di waktu malam, apabila terlindungnya bintang itu mereka akan terpinga-pinga kehilangan petunjuk." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Ulama perlu tegas dan berani menyatakan pendirian mereka dalam satu isu yang bersalahan dengan syariat. Yang betul katakan dengan jelas ia benar manakala yang batil jangan sesekali membisukan diri."Golongan ulama tidak pernah takut terhadap apa saja bentuk halangan yang menimpa diri mereka. Jauh sekali jika mereka tahu kesalahan itu tetapi mengambil jalan mudah hanya mendiamkan diri tanpa melakukan sebarang tindakan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Berbicaralah dengan manusia menurut akal dan fikirannya. Gembirakanlah mereka dan janganlah dijauhkan; mudahkan jangan disukarkan. Inilah cara menyeru manusia kepada agama Allah. Bersoal jawab dengan masyarakat sebaik-baiknya iaitu sehingga memuaskan hati dan menghilangkan keraguan mereka. Sebab itu ulama wajib mengetahui pelbagai cabang ilmu. Jika tidak pasti, masyarakat mudah menolak ajaran yang bertentangan dengan ilmu pengetahuan mereka.
Perkara paling penting yang perlu dilakukan golongan ulama ialah menggalas tanggungjawab melindungi umat Islam daripada sebarang usaha penyelewengan agama seperti murtad, khurafat, bid'ah, syirik dan tahyul.
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ ۚ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّـهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَـٰكِن لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۖ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ إِلَى اللَّـهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
(Surah Al-Maidah 5: Ayat ke 48)

Thursday, 15 September 2011

Peringatan untuk semua

Assalamualaikum,... alhamdulilah , kini kita telah kembali menyambung pelajaran kita yang masih berbaki empat semester lagi  sebelum kita semua bergraduate pada akhir tahun 2013 setelah kita semua bercuti hampir empat bulan bermula bulan mei sehingga bulan september ini.

Bagi menghadapi semester ini , sahabat-sahabat sekalian.... semester 5 ( tahun 3 ), ana harap kita semua bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menuntut ilmu duniawi dan akhirawi... Bagi yang mendapat keputusan yang cemerlang dan tersenarai sebagai Dean List, teruskan usaha kalian dan membantu kawan - kawan kita yang agak lemah dalam subjek tertentu. Manakala bagi mereka yang mendapat keputusan yang tidak memuaskan pada semester lepas, janganlah sahabat-sahabat berputus asa, teruskan berusaha dalam memasterkan subjek-subjek fiqh dan law agar usaha kita dibalas dengan kejayaan, Insya -Allah... usaha tangga kejayaan.

Untuk semester 5 ini, kita kini lebih fokus kepada subjek yang berkaitan dengan program fiqh dan fatwa yang mana kita perlu mengambil 5 subjek fiqh  dan tiap-tiap subjek 3 jam kredit. Semestinya , bagi ana sendiri agak sukar untuk kita score dalam exam dan mengekalkan PNGK, tetapi tidak mustahil melainkan kita banyak berusaha untuk memasterkan kelima-lima subjek dan tidak mengharapkan kepada ilmu dan pengajaran dalam kuliah semata-mata kerana kita  perlu berusaha untuk mendalami ilmu dalam mendapat keredhaan Allah Taala

Berada di tahun 3, bukanlah penghalang untuk kita terus aktif dalam badan, kelab, persatuan atau sekretariat kerana sepanjang kita berada di universiti selama 4 tahun , 5 tahun ataupun 6 tahun, rebutlah peluang kita dalam mengahadirkan diri kita dan melibatkan atau mengaktifkan dalam organisasi di universiti kerana kita dapat banyak belajar  dari segi membina transpormasi dan memperkasa diri dalam sesebuah organisasi tersebut. Ini merupakan keistimewaan yang ada pada kita apabila kita telah bergraduate dan menjadi rebutan oleh para majikan di samping kita sebagai mahasiswa Islam.

Sahabat-sahabat sekalian,

Sesunggugnya selama 4 tahun kita berada di universiti, banyak perkara yang perlu kita pelajari demi bekalan pada masa hadapan selepas kita bergaul dengan persekitaran dan masyarakat luar sana.Adalah tidak terlambat ana menyatakan bahawa janganlah kita menjadikan kita sebagai mahasiswa  4 K ( iaitu kuliah, kafe, komputer dan katil ) sebagai teman hidup kita kerana kita perlu sama-sama  mengerakkan dan menaikkan mana universiti kita sebagai unibersiti terbaik di Malaysia dengan menyumbangkan khidmat bakti di universiti dalam terlibat di dalam kelab dan persatuan pelajar.

Semoga kita renung-renunglah dan ingatlah pengajian kita masih berbaki 4 semester , terasa begitu cepat masa berlalu,,,
Berjuang memburu keredhaan Allah


 

Tuesday, 26 July 2011

Tazkirah Khas Sempena Ramadhan

Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith

Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak
ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.

Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi  Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.

Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang  dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.

Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan

Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.

Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:

Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh -  seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan.

Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Selamat Berpuasa dan wassalam.

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan

Assalamualaikum, pejam celik pejam celik sekarang kita telah hampiri ke bulan Ramadhan iaitu bulan yang mempunyai seribu keberkatan yang mana didalamnya terdapat malam Lailatul Qadar untuk hamba-Nya yang bertakwa.
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam




Wednesday, 6 July 2011

Isu Penubuhan Parlimen Mahasiswa

Parlimen Mahasiswa

pix_gal0
SELEPAS kewujudan Sudut Pidato yang menjadi medan mahasiswa institusi pengajian tinggi bersuara direalisasikan, kini wujud pula Parlimen Mahasiswa yang dilihat sebagai satu transformasi dan peningkatan kredibiliti dan kuasa suara mahasiswa.

Dengan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama mewujudkan parlimen berkenaan selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan, kini 19 lagi IPTA lain mula mengatur percaturan sama selepas gesaan penubuhannya ditimbulkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, baru-baru ini.
Biarpun ia disifatkan satu perkembangan positif, namun ada yang khuatir Parlimen Mahasiswa mungkin mengalami nasib sama dengan sudut pidato yang diwujudkan di kebanyakan IPTA.
Entah di mana silapnya apabila sudut pidato dikatakan tidak berfungsi seperti diharapkan. Jika dulu banyak permintaan dan gesaan supaya sudut itu diadakan, tetapi bila sudah disediakan, tidak ramai pula yang mahu memanfaatkannya.

Persoalannya sejauh mana kesediaan mahasiswa menyahut seruan kerajaan apabila tanggungjawab sebagai wakil rakyat universiti diberikan kepada mereka turut tercetus di fikiran ramai pihak.

Menepis kebimbangan itu, rata-rata Yang Dipertua dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA yakin wujud kepentingan penubuhan Parlimen Mahasiswa, bukan saja kepada mahasiswa, malah universiti masing-masing.

Presiden MPP Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Firwan Norliza, berkata penubuhan Parlimen Mahasiswa adalah satu agenda positif menunjukkan mahasiswa sudah diberi lesen besar mengurus perkara dan isu berkaitan mahasiswa.
Katanya, Parlimen Mahasiswa seharusnya berfungsi sebagai medan utama membawa suara mahasiswa, melatih kepimpinan, mencambahkan fikiran mahasiswa agar tidak terlalu tertutup dan dibelenggu mana-mana pihak.

“Namun, saya mempunyai pandangan tersendiri terhadap penubuhan Parlimen Mahasiswa ini kerana sudut teorinya, ia sangat gah tetapi sudut praktikalnya ada sesuatu yang mustahak perlu diteliti lebih mendalam.

“Antaranya persoalan Parlimen Mahasiswa masih lagi dibatasi Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan mungkin bakal terikat dengan sebuah lagi akta seandainya Parlimen Mahasiswa dilaksanakan di setiap IPT,” katanya.

“Jika dilihat dari sudut takrifan parlimen itu sendiri, ia merujuk kepada sebuah majlis yang mempunyai kuasa menggubal undang-undang. Justeru, saya merasakan Parlimen Mahasiswa tidak perlu lagi diikat dan dibatasi oleh AUKU, yang mana jelas bercanggah dengan konsep penubuhan parlimen itu sendiri,” katanya.

Katanya, jika Parlimen Mahasiswa masih dibelenggu AUKU, ia tidak akan mampu berfungsi dengan baik apabila kebebasan mahasiswa dicantas.

Beliau tertarik dasar dan konsep digunakan United Kingdom Youth Parliament (UKYP) iaitu satu parlimen belia atau golongan muda UK yang membawa suara anak muda mereka membabitkan pendidikan, ekonomi, sosial dan politik. Mereka lantang mengeluarkan idea dan pandangan ke arah perubahan.

Katanya, UKYP bertindak sebagai platform mewakili suara anak muda di universiti yang memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa, khususnya memperjuangkan yuran pengajian dan membantah cadangan kerajaan menetapkan 50 peratus pelajar perlu menyambung pengajian di universiti.

“UKYP berjaya berfungsi membawa suara kebebasan dan hak mahasiswa atas beberapa faktor antaranya ia tidak tertakluk dan terikat mana-mana akta dalam membawa gerakan mereka. Mereka lebih berdikari dan bebas dalam membuat keputusan, berbeza Parlimen Mahasiswa sedia ada di USM masih lagi terikat dan tertakluk di bawah AUKU,” katanya.

Sementara itu, Presiden MPP UTM, Muhammad Zaki Omar berkata, lontaran suara pemimpin mahasiswa dalam satu infrastruktur intelektual iaitu Parlimen Mahasiswa penting kerana setiap perbincangan dan penghujahan direkod dan didokumenkan sebagai satu khazanah yang boleh dijadikan tujukan pada masa depan.

Katanya, wujudnya Parlimen Mahasiswa secara tidak langsung menggalakkan pertukaran idea, perkongsian pendapat dan usul cadangan kalangan pemimpin mahasiswa dibahaskan dengan lebih jitu dan terperinci.

“Kewujudan Parlimen Mahasiswa bukanlah retorik bagi melengkapkan keperluan kokurikulum pemimpin mahasiswa, malah mengukuhkan lagi tanggungjawab sosial mereka.

“Elemen terpenting kewujudan Parlimen Mahasiswa adalah pengiktirafan suara mahasiswa dalam menjaga kepentingan dan kebajikan mereka termasuk hal ehwal penggubalan dasar universiti.

“Pengiktirafan ini menjadikan suara mahasiswa lebih relevan dan membolehkan pendapat mereka diterima dalam membantu menyelesaikan pelbagai isu seperti masyarakat, perundangan, sosiobudaya dan ekonomi serta kematangan politik negara” katanya.

Membicarakan kelesuan sudut pidato, Timbalan Presiden MPP Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Mohd Izzuddin Mohd Rosli, berkata secara umum sudut pidato dilihat sebagai tempat bagi mahasiswa meluahkan pendapat, cadangan dan perasaan tidak puas hati mengenai apa saja isu.

MPP USM tepis pandangan negatif mahasiswa ‘lesu’

CADANGAN mewujudkan Parlimen Mahasiswa dicetus MPP USM bagi menepis pandangan dan persepsi luar yang mengatakan mahasiswa kini ‘lesu’ berikutan penilaian tidak adil dan berat sebelah terhadap mahasiswa.

Yang Dipertua, MPP USM, Ahmad Wafi Sahedan, berkata perbincangan secara serius tanpa elemen emosi berkaitan penubuhan Parlimen Mahasiswa dibuat pada Mesyuarat Jemaah YDP/Presiden MPP IPTA SeMalaysia ke-5 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), akhir Disember lalu.

Beliau berkata, perbincangan itu membawa kejayaan USM sebagai IPTA pertama mewujudkan Parlimen Mahasiswa.

Secara asasnya, beliau berkata, struktur Parlimen Mahasiswa membabitkan pelbagai pihak yang mempunyai peranan atau fungsi khusus di mana YDP/Presiden MPP IPTA dilantik sebagai ahli dalam parlimen berkenaan.

Katanya, peneraju kepemimpinan mahasiswa IPTS juga terbabit sama, begitu juga ahli Majlis Siswi Nasional (MASISNA) setiap universiti selain Pengerusi Anak-anak Negeri Kebangsaan bagi mengukuhkan suara mahasiswa apabila Parlimen Mahasiswa Malaysia.

Paling penting katanya, kewujudan Parlimen Mahasiswa tidak bercanggah dengan fungsi atau peranan Jemaah YDP/Presiden MPP IPTA SeMalaysia, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan MASISNA kerana setiap entiti terbabit masih relevan dengan asas dan peranan berbeza.

“Penubuhan Parlimen Mahasiswa dilihat sebagai satu transformasi untuk mengubah kerangka politik mahasiswa sekarang kepada kerangka politik yang baru.

“Kewujudan Parlimen Mahasiswa pastinya membentuk budaya baru kalangan mahasiswa iaitu perbahasan secara intelektual tanpa dipengaruhi sentimen politik dan emosi.

“Golongan mahasiswa pada hari ini perlu sedar bahawa mereka adalah golongan ketiga atau ‘third force’ dalam negara ini iaitu golongan yang neutral dan bebas untuk mengkritik mana-mana pihak tanpa dipengaruhi sesiapa,” katanya.

Beliau turut menuntut sikap keterbukaan pihak universiti dalam merealisasikan penubuhan parlimen mahasiswa. Universiti tidak perlu takut, malah perlu lebih bersama menyokong transformasi ke atas kerangka politik mahasiswa

Friday, 1 July 2011

"ADA APA DENGAN BULAN REJAB"

Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:
                                              
1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'

2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah

3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan

4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam, sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

MAKNA / HURAIAN KALIMAH   "  REJAB  "

Rahmat :

Diantara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan ditambahkan amalan-amalan seperti berpuasa pada siangnya dan mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat disamping fardhunya yang tertentu dan banyak berzikir, bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, beristighfar, mohon keampunan dan taubat dosa-dosanya yang lalu dan pada malamnya berjaga malam atau bangun tengah malam sembahyang sunat tahjud, sembahyang sunat tasbih, berzikir, beristighfar, bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, berdoa dan sebagainya. Pad bulan rejab inilah dilipat gandakan pahalanya, dilipat ganda keampunan dosa-dosanya dengan mudah mendapat keampunan dan taubat dari allah, diangkat darjat keimanan oleh allah didunia, dan diangkat darjat yang tinggi didalam syurga di akhirat. Sungguh beruntung sekali bagi hamba-hambaNya yang menggunakan kesempatan bulan rejab ini berlumba-lumba memperbanyakan amalan ibadat dalam hidupnya sungguh satu rahmat Allah yang terbesar yang dianugerahkan kepada hambaNya denagn mendapat keredhaanNya yang besar dan rugilah orang-orang yang ketinggalan rahmat yang melepaskan kita daripada azab neraka dan mendapatkan kita ke dalam syurga.

Judu (Pemurah) :

Begitu sekali pemurahNya dan baikNya allha kepada hambaNya yang beriman dan beralam soleh kepadaNya dengan balasan pahalaNya yang begitu banyak sekali, dan diangkat darjatnya yang tinggi didalam syurgadengan mudahnya diberi keampunan dan taubat yang begitu bangyaknya pula. Sesungguhnya pemurahNya dan baikNya allah terhadap hambaNya pada bulan yang mulia ini.

Berkebajikan :

Sungguh bulan Rejab ini adalah bulan kebajikan dan kebaikan Allah kepada hambaNya. Bulan yang diperintah banuak berbuat amal kebajikan padanya, bulan yang digalakkan berbuat amal ibadat, sembahyang fardhu dan sembahyang-sembahyang sunat, bulan diperbanyakkan beristighfar memohon keampunan dan taubat ke hadrat allah, berzikir, bertasbih, berselawat, berdoa bersedekah, dan segala rupa kebaikkan dan kebajikan yang diperintah Allah dan rasulNya. Bulan Allah membuka pintu kebajikan dengan luas (banyaknya amal-amal kebajikan, dan banyak serta besar palu anugerah balasannya yang tidak terhingga). Banyak pemberian allah dan banyak pula hambaNya lumba-lumba memenuhi amalnya - banyak Allah memberi kebajikan dan banyak pula banyak pula hambaNya berbuat kebajikan. Bertambah dekat hambaNya dengan Tuhannya dan bertambah dekat pula Tuhannya dengan hambaNya. Betapa besar keredhaan allah terhadap hambaNya dan betapa besar pula keredhaan hambaNya terhadap Allah.

BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH

Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2, 36 dan 37)

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidil Haram (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram,  Zulkaedah dan  Zulhijjah)

Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya "Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama "Nabi bersabda" Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah SAW" Kenapa kamu seksa diri kamu? Lalu sabdaNya" Berpuasalah pada bulan sabar yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan "Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu "Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi." Tambahlah lagi "Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda "Berpuasalah dalam bulan suci (haram ) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak 3 kali sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"

(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)

PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

 1. Hijrah Pertama Dalam Islam

    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

    Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

 2. Israk dan Mikraj

     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

    Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

Peristiwa Yang Berlaku Sebelum dan  Semasa Perjalanan Israk Rasulullah S.A.W

1.                  Didatangi malaikat Jibril.

2.                  Hati Rasulullah disuci.

3.                  Menunggang Buraq.

4.                  Bertembung dengan  jin Afrit.

5.                  Berjumpa kaum berhuma dan mengetam pada hari yang sama ( satu kebajikan dibalas dengan  
                     700 kali ganda atau lebih banyak lagi ).

6.                  Tercium bau harum. ( Bau Masitah yakni penyikat rambut anak Firaun yang berani 
                     mempertahankan aqidahnya )

7.                  Kaum yang memecahkan kepala ( Umat yang memberatkan kepala mereka untuk menunaikan 
                     atau beribadat kepada Allah )

8.                  Kaum yang memakan  zakum ( batu dan bara api Neraka jahanam). Balasan untuk mereka 
                      yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

9.                  Kaum yang memakan daging mentah. Isteri atau suami yang mempunyai suami atau isteri yang 
                      halal tetapi mereka mendatangi lelaki atau perempuan ( pelacur) untuk melakukan zina

10.              Duri di jalan. Perumpamaan kaum yang duduk di tepi-tepi jalan (lepak0 dan mengintai-gintai 
                    otrang yang lalu di jalan tersebut bertujuan menganggu dan sebagainya.

11.              Berenang dalam lautan darah sambil dilontarkan batu ke mulutnya.  Perumpamaan umat yang 
                   memakan riba.

12.              Menghimpun bebrapa berkas kayu yang dia tidak terdaya memikulnya tetapi semakin ditambah 
                  pula kayu teersebut. Perumpamaan seorang yang memegang amanah tetapi tidak mampu untuk 
                   melaksanakannya tetapi masih juga dia hendak menerima amanah lain.

13.              Kaum yang menggunting lidah dan bibir mereka. Inilah diumpamakan seseorang manusia yang 
                   mengajar dan mereka tidak membuat apa yang mereka ajarkan.

14.              Kaum yang menggaru muka dengan kuku tembaga.  Perumpamaan mereka makan daging
                   saudaranya dengan mengumpat serta menjatuhkan maruah orang lain.

15.              Lembu keluar dari lubang sempit kemudian cuba masuk semula tapi tidak berjaya. Perumpamaan
                   seseorang yang memperkatakan perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah, kemudia dia 
                    meyesali atas perbuatannya itu tetapi dia tidak mampu untuk menyesalinya.

16.              Rasulullah ditegur oleh pihak kanan ( Yahudi) dan kiri (Nasrani). Rasulullah tidak menjawab 
                  teguran tersebut. Sekiranya beliau menjawab nescaya ramailah umatnya yang akan menjadi 
                  pengikut Yahudi dan Nasrani.

17.              Rasulullah diseru oleh perempuan yang memakai perhiasan yang cantik. Rasulullah tiada 
                   menjawab seruan itu.  Jika ia menjawab maka ramailah umatnya yang lebih mementingkan dunia
                   dari Akhirat.

18.              Rasulullah diseru perempuan berhias serta seorang tua. Kiasan / perumpamaan umur dunia

19.              Rasulullah imam segala para nabi serta mursalin semasa solat di Baitul Maqdis

20.              Rasulullah terasa dahaga. Jibrail membawa 3 jenis minuman iaitu susu, arak dan madu. Rasulullah
                   memilih susu.  Maka Jibril membenarkan pilihan Rasulullah S.A.W. sambil berkata, " 
                   Sesungguhnya engkau telah memilih asal kejadian dan jika engkau meminum arak, nescaya umat
                   engkau akan ramai yang sesat dan tiada yang beriman melainkan jumlah yang sedikit.

21.              Rasulullah di datangi bidadari dari Syurga.

Peristiwa Yang Berlaku Semasa Perjalanan Mikraj Rasulullah S.A.W

1.                  Rasulullah menaiki langit pertama- berjumpa dengan nabi Adam A.S

2.                  Rasulullah menaiki langit yang kedua - bertemu nabi Isa dan nabi Yahya.

3.                  Rasulullah menaiki langit yang ketiga - bertemu nabi Yusuf.

4.                  Rasulullah menaiki langit yang keempat -  bertemu nabi Idris.

5.                  Rasulullah menaiki langit yang kelima - bertemu nabi Harun.

6.                  Rasulullah menaiki langit yang keenam - bertemu nabi Musa.

7.                  Rasulullah menaiki langit yang ketujuh - bertemu nabi Ibrahim.

8.                  Bertemu kaum yang mandi di sungai.

9.                  Memasuki Baitul Makmur.

10.              Pokok dan sungai di syurga.

11.              Melihat rupa Jibril yang sebenar.

12.              Memasuki syurga. Terdapat 8 jenis Syurga  ( Jannatul Firdaus, Jannatul Adnan, Jannatul Khuld,
                   Jannatun Naim, Jannatul Makwa, Jannatul Makwa, Jannatus Salam, Jannatul Jalal, Janatul
                  Maqamu Wal Qarar.)

13.              Kelebihan orang memberi hutang. Pintu Syurga tertulis: "SEDEKAH ITU ADALAH 10 KALI 
                   GANDA DAN MEMBERI HUTANG ITU 18 KALI GANDA."

14.              Melihat Telaga Al-Kausar.

15.              Diperlihatkan kepada Rasulullah keadaan  Neraka. Terdapat 7 jenis neraka iaitu (Neraka 
                   Jahanam, Neraka Lazha, Neraka Khutamah, Neraka Saeir, Neraka Saqar, Neraka Jahim, 
                   Neraka Hawiyah.)

16.              Berpisah dengan Jibril untuk ke Sidratul Muntaha.

17.              Perjalanan untuk bertemu Allah diperdengarkan suara malaikat menyerupai suara Abu Bakar.

18.              Menemui Allah Rabbul Jalil.

19.              Berdailog dengan nabi Musa.

20.              Berulang-alik antara nabi Musa dengan Allah.

21.              Allah memfardukan lima waktu solat.

22.              Turun semula ke bumi.

23.              Meninggalkan Baitul Maqdis.





 3. Peperangan Tabuk

    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis

    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

 5. Lahirnya Imam Syafie RH

    Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.



Hadith- Hadith berkaitan Bulan Rejab

Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadith-hadith Sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.

Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.



Antara Hadis yang menjelaskan kelebihan Bulan Rejab

 1.                  Sabda Nabi S.A.W: hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu 
                     dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2.                  Sabda Nabi S.A.W: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan 
                     bulan umatku.

3.                  Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan 
                     Ramadhan dengan Lailatul -Qadarnya.

4.                  Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi ( Firdaus) . Puasa dua hari 
                    dilipatgandakan pahalanya.

5.                  Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka  (
                    panjangnya setahun perjalanan).

6.                  Malam awal Rejab mustajab doanya ( adalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi).

7.                  Puasa empat hari pada bulan Rejab diafi'atkan daripada bala dan daripada penyakit yang 
                     besar-besar, dan daripada fitnah dajal di hari Qiamat.

8.                  Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan 
                     Rejab keluar daripada kubur bercahaya mukanya.

9.                  Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.

10.              Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka lapan pintu syurga.

11.              Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru:                           
                   tidak ditolak dia masuk ke syurga.

12.              Puasa sepuluh hari pada bulan Rejab Allah jadikan bagi hamparan perhentian di titi 
                   sirotolmustaqim pada tiap-tiap batu.

13.              Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga, dan 
                   orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14.              Puasa sembilan belas hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai di hadapan Nabi 
                   Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

15.              Puasa dua puluh hari pada bulanRejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

16.              Berkata Saidina Ali:

          Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
          Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
           Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

17.              Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala qalam.

18.              puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.

19.              puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat diatas titi 
                   Sirotolmustaqim di hari kiamat.

20.              puasa sahari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya

              Berseru dari langit :

              Gembiralah  kamu   dengan   kemuliaan  yang  besar :   dan   diminumkan   dia  ketika  hendak  mati.  Mati  dengan   puasa,                               masuk kubur dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan                          masuk syurga dengan puasa (Al-Hadis), lepas dari azab  kubur                               (Al-Hadis) - (berpuasa  pada  siang  hari  dan  beribadat  pada               malamnya).

21.              Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), dimapunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan 
                   bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya :

          Diampunkan dosanya yang lalu.
          Dipeliharakan umurnya yang tinggal.
          Terlepas dari dahaga di hari qiamat.

22.              Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

23.              Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

24.              Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti  sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

25.              Tiap hari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan rejab seperti ibadat seribu haji dan umrah. Dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali, kerana keistimewaan bulun Rejab, bulan Allah.

26.              Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allh daripada api neraka, kerana kenuliaan bulan Rejab.

27.              Allah jadikan dibelakang bukit Jabar Qaf bumi yang putih yang penuh dengan malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada umat Muhammad. Allah menjawab : Telah aku ampunkan mereka!

28.              Barang siapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

29.              Sesiapa berpuasa pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya : " Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tiada aku tolakan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah ArasyKu, engkau kekasihKu dari segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara engkau". ( Dari Kitab RaudhatulIfkar).

30.              Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa 1000 tahun. Kerana kebesaran hari Israk Mikraj.

31.              Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kepicikan oang mukmin pada bulan rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar didalam Syurga Firdaus.

32.              Siap berbuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga) seperti dia berpuasa 3000 tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasad, 70 hajatnya didalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di mizan, 70 hajat ketika berlalu di titi Siratol mustaqim.

33.              Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan)         kerana keagungan, kebesaran dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan kebajikanNya terhadap hamba-hambaNya yang beriman dab beramal soleh pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan sengan (bulan Allah).



Rejab bulan menabur benih

Syaaban bulan menyiram tanaman

Ramadhan bulan menuai

Rejab menyucikan badannya

Syaaban menyucikan hatinya.

Ramadhan menyucikan rohnya

Rejab bulan maghfirah ( keampunan)

Syaaban bulan Syafaat.

Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab bulan taubat

Syaaban bulan Muhibbah

Ramadhan dilimpahi amalan seperti hujan mencurah banyakknya.

Rejab diganda 70 pahala

Syaaban diganda 700 pahala

Ramadhan diganda 1000 pahala atau lebih